(Malay version) 50 penyokong PAS di Bachok sertai UMNO
Linkedin

(Malay version) 50 penyokong PAS di Bachok sertai UMNO

Kota Bahru : Malaysia | Jun 26, 2011 at 9:48 PM PDT
XX XX
Views: Pending
 
Kelantan dan Exco Wanita

BACHOK 25 Jun - Seramai 50 penyokong PAS termasuk ketua pemuda ranting Kampung Kubang Telaga, dekat sini, secara beramai-ramai mengisi borang keahlian UMNO dan mengisytiharkan tentangan mereka terhadap perjuangan PAS yang dikatakan menggunakan slogan perjuangan Islam untuk mendapat sokongan rakyat.

Borang pendaftaran sebagai ahli UMNO itu diserahkan kepada Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin dalam satu majlis Selamat Tinggal Pas yang diadakan di rumah Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keamanan Kampung Persekutuan (JKKP) Kubang Telaga, Rosli Abdul Kadir hari ini.

Hadir sama pada majlis penyerahan borang ialah Timbalan Ketua UMNO Bahagian Bachok, Datuk Dr. Illias Husain.

Ketua kumpulan bagi penyerahan borang keahlian UMNO, Jusoh Hamat, 36, berkata penyokong PAS kawasan ini bertindak menukar pendirian untuk membantu UMNO apabila mendapati kepimpinan PAS hanya menggunakan slogan agama seperti membangun bersama Islam, pelaksanaan hukum hudud dan pembinaan negara Islam berteraskan al-Quran dan hadis tidak berjaya dilaksanakan.

Beliau berkata, adalah menghampakan harapan rakyat Kelantan apabila semua agenda dan manifesto parti diubah sewenang-wenangnya kepada perjuangan membina negara kebajikan dan bukan lagi melibatkan hala tuju membangunkan syiar Islam secara tegas dan berani.

"Pas sudah mengikut telujuk DAP dan lain-lain parti dalam pakatan mereka. Kedudukan politik lebih diberi keutamaan berbanding perjuangan Islam yang dilaung-laungkan mereka sebelum ini. Perjuangan Agama dan jadi perkara kedua kerana agenda lebih penting adalah mempertahankan jawatan wakil rakyat," katanya.

Beliau yang juga bekas anggota jawatankuasa ranting itu berkata, adalah lebih baik ahli dan penyokong PAs di negeri ini bangkit membantu UMNO kerana sebelum ini pun UMNO yang sering diperlekehkan oleh parti PAS sudah lama memperjuangkan Islam secara tersusun dan terancang.

"Ini termasuk membangunkan syiar Islam dengan pelbagai pendekatan dan konsep negara kebajaikan telah dipraktikkan sejak sekian lama," katanya.

Bekas ketua pemuda Pas kawasan berkenaan, Wan Azuan Wan Mamat, 31, berkata selama lima tahun beliau menyandang jawatan itu sehingga sekarang mendapati tiada sebarang projek atau pembangunan yang berasaskan Islam dilaksanakan oleh parti PAS untuk membangunkan masyarakat kampung.

"Cakap sahaja pandai tetapi gagal mentadbir negeri berlandaskan pentadbiran Islam. Sebaliknya lebih mencari keuntungan untuk kepentingan politik dan peribadi," katanya.

Rakannya Mohd Nasir Jamil, 34, berkata pada pilihan raya umum 2008 lepas, PAS menabur pelbagai janji untuk membangunkan Kelantan tetapi selepas memenanginya tidak mempedulikan nasib rakyat miskin di kapung-kampung.

Sementara itu, Dr. Awang Adek ketika berucap pada majlis berkenaan berkata, lebih ramai lagi anggota PAS di Kelantan akan keluar parti itu berikutan perjuangan tradisi PAS untuk mewujudkan sebuah negara Islam dijelmakan dalam evolusi baru iaitu memujudkan negara kebajikan.

Beliau yang juga Ketua Umno Bahagian Bachok dan Timbalan Menteri Kewangan berkata dasar baru parti itu untuk mewujudkan sebuah negara berkebajikan telah lama dilaksanakan oleh Umno sejak negara mencapai kemerdekaan.

Katanya, setiap tahun kerajaan pusat membelanjakan peruntukkan lebih RM10 bilion untuk membantu rakyat miskin termasuk golongan petani, peladang dan nelayan dengan pelbagai program yang jelas sudah merangkumi kerja amal kebajikan yang lebih menyeluruh.

1 of 1
Pas sertai UMNO
50 penyokong PAS Kubang Telaga, Bachok, Kalaysia serah borang UMNO kepada Dr. Awang Adek Hussin.
toreksulong is based in Kuala Lumpur, Kuala Lumpur, Malaysia, and is an Anchor for Allvoices.
Report Credibility
 
  • Clear
  • Share:
  • Share
  • Clear
  • Clear
  • Clear
  • Clear
 
 
 
Advertisement
 

Images

 >
 
  • 50 penyokong PAS Kubang Telaga, Bachok, Kalaysia serah borang UMNO kepada Dr. Awang Adek Hussin.

    Pas sertai UMNO

More From Allvoices

Report Your News Got a similar story?
Add it to the network!

Or add related content to this report



Use of this site is governed by our Terms of Use Agreement and Privacy Policy.

© Allvoices, Inc. 2008-2014. All rights reserved. Powered by PulsePoint.