Zawawi Othman reply Wan Malik's letter to Prime Minister
Linkedin

Zawawi Othman reply Wan Malik's letter to Prime Minister

Kuala Lumpur : Malaysia | Jun 09, 2011 at 1:35 AM PDT
XX XX
Views: Pending
 

Ini adalah jawapan Ketua Umno Bahagian pasir Puteh yang menjawab artikel Wan Malek Wan Noh berkaitan nama calon, surat kepada Perdana Menteri dan kelemahan ketua UMNO sendiri seperti yang dinyatakan dalam tulisan Wan Malik.

"Sudah banyak email dan surat yang diedarkan mengenai saya dan pencalonan. Saya baca semuanya.

Penulis terbabit dahulunya pernah mengutuk Datuk Kamarudin Md. Nor kini mengambil kesempatan untuk mengangkatnya kembali. Penulis berkenaan juga suatu ketika dahulunya pernah isytihar keluar dari PAS dan membenarkan rumahnya dijadikan tempat pemimpin pembangkang berkempen dalam pilihan raya kecil suatu masa dahulu.

Dulu penulis berkenaan pro kepada PAS kerana rapat dengan Wan Fauzi Wan Husain yang menentang Datuk Kamarudin Md Nor dalam pilihan raya kecil DUN Semerak.

Saya menganggap dia bukan ahli UMNO tetapi memiliki strategi untuk memusnahkan UMNO dengan mendakwa dia adalah ahli UMNO sejati.

Tidak semestinya ahli UMNO akan menyokong UMNO dan tidak mustahil ahli PAS tidak menyokong UMNO dalam pilihan raya. Pada saya penulis berbuat demikian untuk menggugatkan perpaduan UMNO.

Apa pun tidak perlu bimbang kerana semua karenah ini sudah dibincangkan di peringkat pucuk pimpinan parti.

Saya tidak mengejar kedudukan dan pencalonan tetapi berkhidmat kerana tanggungjawab dan amanah kerana dipilih sebagai Ketua UMNO.

Saya tidak mahu bertindak sebodoh penulis yang bersifat retorik. jauh sekali untuk mengutuk tokoh-tokoh UMNO yang lain.

Hasil tulisan yang dicerna boleh dinilai sendiri oleh khalayak. ke mana arah, hala tuju dan matlamatnya. Semua orang sepatutnya tidak perlu mengambil hal mengenai tulisannya tetapi sewajarnya lebih agresif memastikan BN mampu kembali mentadbir Kelantan.

Sekian.

Zawawi Othman

Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh.

Cetusan reaksi Penulis/ blogger Wan Ab.Malik Wan Noh (10/6/2011)

SUASANA SEMASA POLITIK DUN SEMERAK (21)

Rupa-rupanya bukan saya seorang sahaja yang ketawa sendirian membaca surat jawapan dari Zawawi Othman tetapi rakan-rakan yang menerimanya baik dekat mahu pun jauh semuanya ketawa. Ada yang berkata kalau dibawa ke pertandingan menulis essei, surat ini sudah tentu mendapat tempat pertama dalam kategori surat paling buruk. Mereka kata ini disebabkan orang melayu yang membacanya yang ditulis dalam Bahasa Melayu tidak faham langsung dan orang Inggeris yang membacanya yang ditulis dalam Bahasa Inggeris pun lagi tidak faham.

Apa nak buat. Barangkali itulah sahaja tahap yang boleh dicapai. Apa pun, saya menerimanya dengan hati terbuka dan berlapang dada. Saya sudah awal-awal memberitahu bahawa saya tidak kisah samada teguran-teguran, kritikan-kritikan dan cadangan-cadangan saya diterima atau pun tidak. Yang penting bagi saya ialah menyampaikannya.

Dalam hubungan ini, Ketua UMNO Bahagian mungkin lupa bahawa saya bukanlah penting. Yang penting adalah artikel-artikel saya itu. Begitu jugalah beliau. Beliau tidak penting tetapi kerjanya sebagai Ketua Bahagian itulah yang penting. Sebab itu saya tidak pernah mengkritik peribadinya. Lain-lain yang penting dalam politik ialah parti, ahli-ahlinya, calon-calon yang akan datang dan pengundi-pengundi.

Oleh yang demikian, kisah saya yang lepas-lepas itu adalah tidak relevan dalam konteks politik Pasir Puteh. Dengan sebab itu juga, saya tidak perlu menjawab atau pun memberikan sebarang penjelasan tentang segala yang cuba di’fitnahkan’ terhadap saya. Beliau tidak akan faham atau pun tidak akan menerima dengan fikiran dan hati yang terbuka.

Kembali kepada persoalan yang lebih penting, saya dapat rasakan suasana sokongan terhadap Cikgu Azmi dan Kapt (B) Wan Marzudi JP semakin bertambah. Kedua-dua mereka sudah menjadi harapan orang ramai bukan sahaja sebagai calon pilihanraya tetapi sebagai peneraju baru kepimpinan UMNO Bahagian selepas ini. Perkembangan terbaru menunjukkan bahawa sokongan dari dalam UMNO Bahagian sendiri pun sudah bertambah. Ini belum lagi dapat dibuktikan tetapi saya yakin tidak lama lagi satu suasana baru akan berlaku sebagai menyokong pandangan saya ini. Suasana yang akan menambahbaik UMNO Bahagian Pasir Puteh.

Sama-samalah kita tunggu.

Oleh,

Wan Ab Malek Bin Wan Noh

No Ahli UMNO 03924693

10 Jun 2011 Semerak.

1 of 1
Zawawi Othman
Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh, Kelantan.
toreksulong is based in Kuala Lumpur, Kuala Lumpur, Malaysia, and is an Anchor on Allvoices.
Report Credibility
 
  • Clear
  • Share:
  • Share
  • Clear
  • Clear
  • Clear
  • Clear
 
 
 
Advertisement
 

Images

 >
 

More From Allvoices

Report Your News Got a similar story?
Add it to the network!

Or add related content to this report



Use of this site is governed by our Terms of Use Agreement and Privacy Policy.

© Allvoices, Inc. 2008-2014. All rights reserved. Powered by PulsePoint.