AFF SUZUKI CUP - Pengarang Sukan Malaysia dikritik?
Linkedin

AFF SUZUKI CUP - Pengarang Sukan Malaysia dikritik?

Kuala Lumpur : Malaysia | Dec 30, 2010 at 2:56 AM PST
XX XX
Views: Pending
 

Wartawan dan pengarang berita sukan Malaysia bukan hanya dikritik oleh media Indonesia kerana menguna pakai perkataan 'Garuda Patah Sayap' untuk menggambarkan kekalahan skuad nasional negara itu sepanjang melaporkan perkembangan bola sepak piala AFF Suzuki 2010 penghujung tahun ini.

Terbaru pula ialah kritikan dalaman daripada belia negeri Sabah yang peka terhadap penggunaan 'Harimau Malaya' yang dikatakan tidak relevan dengan konsep 1Malaysia dan dicadangkan supaya perkataan itu ditukarkan kepada skuad 'Harimau Malaysia' untuk melambangkan milik keseluruhan rakyat termasuk penduduk di negeri bawah bayu dan bumi Kenyalang, Sarawak.

Agensi Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) hari ini melaporkan bahawa ramai belia di Sabah dikatakan tersinggung dengan ungkapan Harimau Malaya yang sering digunakan oleh pihak media dengan memetik kenyataan Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Jahid Jahim.

Jahid mendakwa, ramai golongan belia di Sabah menghubungi beliau mengadu tersinggung dengan pihak media yang sering merujuk pasukan Malaysia yang menjuarai Liga AFF Suzuki dengan gelaran Harimau Malaya.

Beliau yang menyokong sensitiviti belia di negeri itu berkata, kritikan dan teguran itu memang berasas kerana ia tidak melambangkan semangat 1Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sepatutnya, tambah beliau, perkataan Harimau Malaysia adalah paling sesuai digunakan.

"Saya berharap media nasional terutama pengarang sukan sentiasa bertanggungjawab dan mengambil kira sensitiviti peminat bola sepak di Sabah khususnya golongan belia berhubung penggunaan perkataan Malaya yang jelas maksudnya secara literal, tidak membabitkan Sabah dan Sarawak.

"Walaupun penggunaan perkataan Harimau Malaya yang merujuk kepada pasukan Malaysia yang memenangi Piala AFF Suzuki itu hanya perkara kecil, namun ia bercanggah dengan aspirasi dan semangat 1Malaysia,”katanya.

Belia di Sabah agak tersinggung dan mungkin rasa terpinggir (walaupun hakikat tidak pernah dipinggirkan) dengan penggunaan 'Malaya' sedangkan mereka adalah sebahagian daripada Borneo. Walaupun, ini merupakan suatu teknikal dalam seni penulisan, ianya perlu diteliti dan difikirkan semula oleh pengarang sukan di negara ini.

Sama juga dengan penggunaan 'Garuda' yang menjadi simbol keramat rakyat Indonesia sehingga meletusnya pelbagai coretan yang seakan-akan berlakunya satu perbalahan kesan laporan berita bola sepak yang berprestej ini.

Fenomena yang agak celaru hanya disebabkan teknikal penulisan kerana wartawan sukan dan pengarang di Malaysia tidak menulis berita sukan secara 'direct to the point' tetapi ragam dan laras bahasanya dikembangkan untuk menarik minat pembaca dan sememangnya teknik penulisan seperti itu memenuhi selera peminat-peminat sukan di negara ini.

Namun setelah memahami aspek budaya dan peradaban Melayu Nusantara, perkataan Garuda sudah tidak dilakarkan lagi sebagai 'subject matter' atau perlambangan. Hakikatnya, wartawan Malaysia tidak memiliki sekelumit niat untuk mempersendakan apa yang sebenarnya diagung-agungkan oleh rumpun Melayu negara jiran itu.

AFF Suzuki Cup sudah sampai kemuncaknya malam tadi. Malaysia Juara dan Indonesia pun menang. Dengan semangat kesukanan yang kental kita rungkaikan prasangka yang terbenam dan pintalkan keakraban bahawa rumpun Nusantara bukan calang hebatnya.

MAJU SUKAN UNTUK NEGARA - MAJU SUKAN UNTUK NUSANTARA

toreksulong is based in Kuala Lumpur, Kuala Lumpur, Malaysia, and is an Anchor for Allvoices.
Report Credibility
 
  • Clear
  • Share:
  • Share
  • Clear
  • Clear
  • Clear
  • Clear
 
 
 
Advertisement
 

Blogs

 >
  • Barisan Nasional (BN) Buzz & Bull

      bn.bonology.com
    The special rights, popularly known as the “18-point Agreement” were given to Sarawak in 1963 during the formation of Malaysia when Malaya, Singapore, Sarawak and Sabah came together to form Malaysia on Sept 16. ...
  • Sarawak PKR lauds George Chan's stands on 'special rights ...

      hornbillunleashed.wordpress.com
    As readers know by now this writer and many others are strongly opposed to the “formation of Malaysia” in 1963 as no more than the colonial annexation by Malaya of Sabah and Sarawak and advocate real National Independence for Sarawak (and ..... Yang

Videos

 >
 

More From Allvoices

Report Your News Got a similar story?
Add it to the network!

Or add related content to this report



Use of this site is governed by our Terms of Use Agreement and Privacy Policy.

© Allvoices, Inc. 2008-2014. All rights reserved. Powered by PulsePoint.