Bantuan Peralatan IKS untuk petani keluar dari kepompong kemiskinan- Datuk Ilias Husain
Linkedin

Bantuan Peralatan IKS untuk petani keluar dari kepompong kemiskinan- Datuk Ilias Husain

Kota Bahru : Malaysia | Jan 21, 2012 at 11:22 PM PST
XX XX
Views: Pending
 
Y.E. Yang

Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) mengagihkan pelbagai peralatan pemerosesan makanan bernilai RM1.5 juta kepada 300 petani berdaya maju menerusi projek Industri Kecil dan Sederhana (IKS) khusus untuk membangunkan ekonomi kumpulan sasaran sepanjang tahun ini. Timbalan Ketua UMNO Bahagian Bachok, Datuk Ilias Husain berkata, ia turut melibatkan tujuh usahawan di kawasan Bachok masing-masing menerima peralatan yang sama bernilai di antara RM5,000 hingga RM7,000 dengan jumlah keseluruhan peruntukan sebanyak RM50,000 yang disampaikan oleh KADA hari ini. Menurutnya, KADA memberi perhatian yang khusus untuk menjana pendapatan petani serta melahirkan lebih ramai usahawan menerusi bimbingan teknikal dan pemantau Bahagian Industri Bukan Padi KADA yang bertanggungjawab memastikan setiap petani yang menerima sumbangan kerajaan persekutuan ini menghadiri pelbagai kursus yang berkaitan untuk mendapatkan kepakaran dalam sektor IKS. "Bantuan yang disalurkan menerusi pelbagai agensi pertanian itu membuktikan keperihatinan kerajaan persekutuan terhadap golongan petani yang sentiasa mendapat pembelaan yang berterusan. Ini membuktikan kerajaan sudah menguruskan negara berkebajikan dan petani tidak seharusnya mudah terpedaya dengan tawaran-tawaran baru yang ditawarkan oleh parti pembangkang, " katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan peralatan IKS dan perniagaan kepada tujuh petani KADA kawasan Bachok di Dewan Terbuka Teratak Pulai, dekat sini baru-baru ini. Ilias berkata, di bawah program IKS 1 Azam Tani lebih RM1 juta telah dibelanjakan kepada 100 peserta di daerah ini dengan agihan peruntukan sebanyak RM10,000 termasuk bantuan untuk meningkatkan kapasiti perniagaan kedai runcit dalam kalangan petani. Beliau berkata, ini tidak termasuk di bawah program Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Menteri yang juga melibatkan 100 petani dengan nilaian bantuan berjumlah RM1 juta yang turut diagihkan menerusi KADA. "Dalam semua aspek petani tidak pernah dipinggirkan oleh kerajaan persekutuan termasuk dalam pengurusan penanaman padi hinggalah kepada insentif jualan hasil sejak sekian lama dinikmati manfaatnya oleh petani secara berterusan. "Di Bachok, petani yang mengusahakan tanaman padi turut menerima peruntukan bantuan penanaman padi yang melibatkan agihan baja subsidi, racun, pembiayaan kos pembajakan dan banyak lagi dengan peruntukan melebihi RM14 juta bagi dua musim penanaman di sepanjang tahun ini," katanya. Ilias berkata, Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Seri Gunung dengan 1190 petani yang mengusahakan 3,280 hektar tanaman padi dan PPK Puteri Saadong dekat sini bersama 600 petani yang mengusahakan tanaman padi dengan keluasan 2,2444 turut menikmati manfaat bantuan yang disediakan. Beliau berkata, ini tidak lagi dihitung dengan perbelanjaan kerajaan untuk menyediakan parit dan saliran kepada petani yang menelan perbelanjaan berbilion ringgit.

1 of 2
Next
Bantuan IKS kepada petani
Datuk Ilias Husain (dua kiri) bersama petani yang menerima bantuan peralatan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) di Dewan Terbuka Teratak Pulai, di Bachok baru-baru ini.
toreksulong is based in Kuala Lumpur, Kuala Lumpur, Malaysia, and is an Anchor on Allvoices.
Report Credibility
 
  • Clear
  • Share:
  • Share
  • Clear
  • Clear
  • Clear
  • Clear
 
 
 
Advertisement
 

Images

 >
 

More From Allvoices

Report Your News Got a similar story?
Add it to the network!

Or add related content to this report

Most Commented Reports



Use of this site is governed by our Terms of Use Agreement and Privacy Policy.

© Allvoices, Inc. 2008-2014. All rights reserved. Powered by PulsePoint.