Machang, Januari 21-Seramai 423 orang pelajar tingkatan enam seluruh daerah ini menerima baucar bernilai RM200. petang ini dalam satu majlis di SMK Bandar Machang. Dato Hj. Ahmad Jazlan Dato Hj. Yaakub, Ketua UMNO Bahagian Machang menyampaikan baucar tersebut disaksikan ibu bapa mereka masing-masing.
Semua pelajar datangnya daripada empat buah sekolah menengah iaitu SMK Seri Intan, SMK Hamzah, SMK Machang dan SMK (A) Wataniah. Mereka yang menerima baucar tersebut boleh menukarkannya di kedai-kedai buku terpilih untuk mendapatkan buku-buku rujukan serta alatulis untuk keperluan pembelajaran mereka.
Dalam majlis itu, Dato' Ahmad Jazlan memaklumkan tujuan kerajaan memberi baucar kepada pelajar agar mereka dapat menambah ilmu pengetahuan dengan membeli buku yang diperlukan. Dengan adanya ilmu, para pelajar dapat mencapai kesejahteraan dalam hidup mereka pada masa hadapan.
Bagi pelajar luar bandar, mereka perlu bersaing dengan pelajar dari kawasan bandar yang cukup segala kemudahan namun mereka tidak perlu merasa rendah diri sebaliknya terus berusaha untuk maju. Bantuan Baucar Buku 1Malaysia diberi kepada semua pelajar institusi pengajian tinggi termasuk pelajar kolej Matrikulasi dan pelajar-pelajar tingkatan enam di seluruh negara.
Ends.
Or add related content to this report
News Stories | Blogs | Images | Videos | Comments