BAGAIMANA MEWUJUDKAN PNP BERKESAN Bah: Satu
Linkedin

BAGAIMANA MEWUJUDKAN PNP BERKESAN Bah: Satu

Kota Bahru : Malaysia | Nov 17, 2011 at 8:32 PM PST
XX XX
Views: Pending
 
Mukhaiyam 2008 SARJANA [part 2]
  1. TEGAS PERTAMA KALI MEMASUKI KELAS

Hari pertama seseorang guru memasuki mana-mana kelas adalah saat penting kepada mereka kerana kelancaran PNP pada hari itu akan penentu kelancaran PNP sepanjang setahun. Ini kerana pada hari pertama pelajar akan menilai seseorang guru samaada guru itu boleh ’makan’ atau tidak. Jika guru tidak menunjukkan ketegasan (memberi muka) pada hari pertama maka tidak mustahil guru tersebut akan menghadapi masalah dalam kawalan kelas untuk tempoh satu tahun. Jadi bagaimana untuk mengelak perkara ini daripada berlaku? Jawapannya mudah sahaja pada pertemuan pertama jangan biarkan pelajar melakukan kesalahan walaupun sekecilmana sekalipun. Beranikan diri anda menegur kesalahan pelajar daripada sekecil-kecil sehingga sebesar mana kesalahan yang dilakukan. Kalau perlu guna perkataan kesat gunakan tidak mengapa tujuan untuk menggertak mereka. Tunjukkan yang kita tidak boleh dipermainkan walaupun anda seorang perempuan. Jika perlu elakkan dari memberi senyuman pada hari tersebut gunakan memek muka yang serius sepanjang kelas berlangsung. Habiskan kelas pada hari tersebut dengan ’membasuh’ pelajar, ingatkan kembali tujuan mereka ke sekolah, ungkitkan asal usul mereka tidak perlu menjaga hati mereke, lakukan ini semua untuk kebaikan mereka. Elakkan dari melakukan aktiviti berkenalan dengan pelajar kerana kaedah ini ada kemungkinan akan mengganggu ’lakunan’ anda sebab anda mungkin mula kehilangan kawalan ke atas kelas dan mungkin anda akan tergelak, ingat anda perlu serius ini pertemuan pertama anda dengan pelajar, anda sekarang sedang dinilai oleh mereka. Pada pertemuan seterusnya buat seperti biasa jangan terlalu serius dan jangan terlalu ’sporting’.

  1. JANGAN MULAKAN KELAS JIKA PELAJAR BELUM BERSEDIA

Bagi mengelak daripada guru hilang kawalan ke atas kelas pastikan semua pelajar bersedia baru guru boleh memulakan pengajaran. Pastikan semua pelajar duduk dengan selesa kerusi dirapatkan dengan badan, badan dirapatkan kemeja, tangan berada di atas meja masing-masing. Ini semua untuk mengelak daripada mereka tertidur, berkhayal kerana kita mahukan 100% tumpuan daripada mereka.

  1. JANGAN MULAKAN PENERANGAN JIKA PELAJAR TIDAK BERI TUMPUAN

Apakah kesalahan guru-guru yang mana menyebabkan para pelajar sentiasa mengulangi kesilapan yang sama berulangkali. Kebanyakan guru terus memberi penerangan atau peringatan penting kepada para pelajar walaupun guru tersebut sedar ada pelajar yang tidak memberi tumpuan kepada mereka. Sebolehnya berhenti seketika perhatikan para pelajar anda adakah mereka tertumpu kepada anda atau sebaliknya, jangan meneruskan penerangan anda selagi anda tidak mendapat 100% perhatian daripada mereka. Amalkan pendekatan ini jika anda ingin mengoptimumkan pengajaran anda.

  1. JANGAN BIARKAN PELAJAR TIDUR DI DALAM KELAS

Jangan sekali-kali anda ‘benarkan’ pelajar tidur semasa anda berada di dalam kelas. Jika ini berlaku ini mencerminkan anda telah gagal mengawal kelas, guru yang gagal mengawal kelas adalah guru yang gagal. Kecuali jika pelajar benar-benar sakit maka memang patut kita benarkan mereka tidur tetapi pastikan pelajar ini benar-benar sakit. Bagaimana kita hendak kenal bahawa pelajar ini benar-benar sakit selain daripada keadaan fizikal kita boleh kenal mana pelajar yang sakit atau pura-pura sakit. Jika pelajar ini sebelum ini belum pernah berkelakuan demikian, selalu tekun belajar, dengar arahan guru maka benarlah pelajar itu sakit. Tetapi jika pelajar itu selalu malas, liat belajar, sentiasa memberi alasan untuk tidak mahu melakukan tugasan di dalam kelas maka kita boleh simpulkan bahawa budak ini tidak sakit cuma buat-buat sakit maka jangan sekali-kali kita benarkan mereka tidur di dalam kelas.

  1. KURANGKAN GURU BERCAKAP BANYAKKAN PELAJAR MELAKUKAN AKTIVITI

Tanpa kita sedar kebanyakan guru cuma syok sendiri apabila mereka mengajar, kenapa tidak sepanjang kelas berlangsung cuma guru seorang sahaja bercakap pelajar tidak bercakap malah lebih teruk tiada aktiviti yang dilakukan oleh pelajar kecuali duduk terlopong mendengar guru ’mengajar’. Sedarlah wahai guru sekalian kita bukan di abad ke 20 kita sekarang di abad ke 21, sekarang guru cuma berperanan sebagai fasilitator atau pemudah cara, pengajaran hendaklah berorientasikan pelajar bukan guru. Ada sesetengah memberi alasan memang subjek tertentu hanya kaedah ini yang boleh dilakukan seperti subjek Sejarah dan Pendididkan Islam. Pandangan ini sangat tidak tepat kenapa ini berlaku... senang sahaja jawapannya guru sekarang meniru kaedah guru mereka 20 hingga 30 tahun dahulu. Sedarlah cikgu, kaedah itu sudah tidak relevan sekarang. Para guru hendaklah cuba berfikir dengan kreatif, cuba praktikkan kaedah- kaedah yang telah dipelajari semasa mengikuti kursus di institusi perguruan untuk diamalkan di bilik darjah dan jika perlu lakukan sedikit pembaikan bagi disesuaikan dengan keadaan setempat. Contohnya bagi Pendidikan Islam lakukan kaedah amali untuk menyampaikan tajuk wuduk, ibadat haji, sembelihan dan sebagainya. Dalam subjek perdagangan guru boleh meminta pelajar membuat projek sepanjang dua tahun pengajian di tingkatan 4 dan 5 atau tingkatan 5 sahaja kerana tigkatan 4 cuma melinatkan teori. Pada awal tingkatan lima pelajar boleh diminta terus menubuhkan perniagaan mereka secara langsung pelajar akan belajar bagaimana sesuatu perniagaan itu didaftarkan, apa agensi terlibat.Secara langsung pelajar akan kaitkan apa yang mereka pelajari sepanjang tahun dengan ’perniagaan’ yang mereka telah tubuhkan diawal tahun. Apabila teori dapat ’dipraktikkan’ maka pelajar akan lebih mudah faham isi kandungan pelajaran dan dalam masa yang sama boleh membantu pelajar mengingatinya. Bagi subjek matematik cuba elakkan guru terus menerus menunjukkan kaedah penyelesaian pelbagai masalah cukup sekadar dua masalah kemudian biarkan pelajar menyelesaikan sendiri masalah berikutnya. Tetapi tidak bermakna guru hanya melepak menunggu waktu habis gunalah masa ini untuk monitor para pelajar pastikan mereka melakukan aktiviti yang diberikan dan yang lebih penting pelajar faham apa yang dipelajari. Semua cadangan yang telah dikemukakan berlandaskan pepatah Cina ”Saya dengar saya lupa, saya tulis saya ingat, saya buat saya faham” ini bermakna dengar sahaja tidak cukup, begitu juga jika menulis juga tidak cukup, buat sendiri itu lebih penting ini akan membantu pelajar mengingati dan memahami sesuatu ilmu.

  1. ELAKKAN PELAJAR MEMBERIKAN ALASAN UNTUK TIDAK MELAKUKAN AKTIVITI

Apabila diminta keluarkan buku untuk mencatat nota atau membuat latihan pelajar memberi alasan terlupa membawa buku atau buku tertinggal di rumah maka apa tindakan anda sebagai guru? Denda pelajar tersebut?, berleter? Persoalannya sampai bila kita mahu mengambil tindakan ke atas mereka jika pelajar terus mengulanginya. Senario begini biasa kita hadapi apabila mengajar pelajar yang lemah kelancaran pengajaran kita sering terganggu oleh pelajar-pelajar yang sengaja tidak mahu melakukan apa-apa dengan memberi alasan tiada buku, tiada itu tiada ini. Semua ini dilakukan semata-mata untuk mendapat ’lesen’ untuk tidak berbuat apa-apa. Perkara ini tidak boleh dibiarkan kerana mereka ini akan menjadi pengacau yang akan mengganggu pelajar lain yang hendak belajar seterusnya mereka akan mengganggu kelas. Jadi bagi mengelak perkara ini dari berlaku guru yang mengajar pelajar yang lemah hendaklah ’berkorban’ dengan menyediakan peralatan asas kepada pelajar paling tidak kertas kajang, sekurang-kurangnya mereka ada tempat untuk menulis atau menyalin nota. Bagi subjek matematik sebagai contoh guru boleh menyediakan bahan yang tidak habis pakai seperti kalkulator, pembaris, jangka lukis, untuk kegunaan pelajar, apabila semua peralatan disediakan maka pelajar tiada lagi alasan untuk tidak melakukan apa-apa begitu juga kelancaran pnp guru pun tidak terganggu. Jika perlu guru boleh mencadangkan panitia membeli bahan-bahan tersebut sekurang-kurangnya beban tersebut dapat diringankan.

  1. SENTIASA PANTAU AKTIVITI PELAJAR

Kurangkan bercakap banyakkan para pelajar melakukan aktiviti, ini tidak bermakna guru boleh duduk dikerusinya tanpa membuat apa-apa. Guru hendaklah bergerak dari seorang ke seorang pelajar di dalam kelasnya untuk memerhati kerja buat pelajar dan dalam masa yang sama cuba mendekati pelajar mereka. Lihat secara dekat kerja buat pelajar anda jika ada kesalahan yang dikesan, guru boleh terus membuat teguran. Pergerakan guru yang beredar sekitar kelas memberi peluang kepada pelajar yang pemalu untuk bertanya apa yang tidak difahami. Pemerhatian guru kepada hasil kerja pelajar juga memberi peluang kepada guru menilai samaada pelajar faham atau tidak apa yang telah disampaikan.

  1. HADKAN GURAUAN

Tidak salah jika guru bergurau dengan para pelajar begitu juga sebaliknya kerana ini dapat mengurangkan jurang antara guru dengan pelajar. Jurang yang wujud kadangkala menyukarkan penerimaan ilmu kepada pelajar yang akhirnya menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran tidak bermakna. Jika perkara ini berterusan berlaku, lama kelamaan para pelajar tidak meminati subjek yang dipelajari, maka malanglah jika subjek yang kita ajar menjadi antara subjek yang tidak diminati pelajar bertambah parah jika subjek itu penting bagi masa depan pelajar. Tapi harus diingat guru tetap guru dan pelajar tetap pelajar maka gurauan hendaklah ada had jika tidak masalah lain pula akan timbul.

  1. PROMOSI SUBJEK ANDA TANPA MEMBURUKKAN SUBJEK LAIN

Sedarkah guru-guru kenapa subjek yang anda ajar tidak diminati oleh para pelajar walaupun subjek itu bukan antara subjek yang sukar dikuasai seperti Sains dan Matematik. Jawapannya mudah anda gagal mempromosi subjek anda kepada para pelajar diawal tahun maka pelajar tidak nampak kepentingan subjek tersebut justeru mereka tidak mengambil berat akan subjek anda tambahan pula subjek itu bukan subjek teras. Promosi subjek yang kita ajar adalah dengan cara profesional yakni tanpa merendahkan atau memburukkan subjek-subjek yang lain tetapi menyatakan kelebihan menguasai subjek yang kita ajar. Contohnya subjek Bahasa Melayu, kita boleh mengingatkan pelajar yang bahawa subjek ini sangat penting kerana ianya menjadi syarat utama untuk mendapatkan sijil SPM mahu tidak mahu pelajar wajib mengambil berat akan subjek ini. Contoh lain subjek Kesusasteraan Melayu merupakan antara subjek yang mudah dikuasai oleh pelajar tetapi kenapa keputusan peperiksaan tidak menunjukkan demikian, jawapannya mudah, guru tidak mempromosi subjek ini kepada para pelajar. Subjek ini mudah sekali untuk dipromosi kepada pelajar, oleh kerana subjek ini mudah untuk dikuasai maka para pelajar harus mengambil peluang ini terutama bagi mereka yang hendak menyambung pelajaran ke tingkatan 6. Banyak lagi cara untuk mempromosi subjek yang diajar tetapi harus diingati jangan pula kita mempromosi subjek sendiri dengan cara memburukkan subjek lain pula.



1 of 1
Y.E. Yang
Y.E. Yang
asmadi_nurul2 is based in Kota Bahru, Kelantan, Malaysia, and is a Stringer for Allvoices.
Report Credibility
 
  • Clear
  • Share:
  • Share
  • Clear
  • Clear
  • Clear
  • Clear
 
 
 
Advertisement
 

Blogs

 >

Images

 >
 

More From Allvoices

Report Your News Got a similar story?
Add it to the network!

Or add related content to this report



Use of this site is governed by our Terms of Use Agreement and Privacy Policy.

© Allvoices, Inc. 2008-2014. All rights reserved. Powered by PulsePoint.