PERTEMUAN SENGIT
Linkedin

PERTEMUAN SENGIT

Kota Bahru : Malaysia | Oct 14, 2011 at 12:00 AM PDT
XX XX
Views: Pending
 

Kota Bharu, Oktober 14- Malam ini pasukan Kelantan bertemu Terengganu dalam siri perlawanan bola sepak Piala Malaysia peringkat suku akhir kedua di Stadium Sultan Muhammad IV.

Pada perlawanan pertama Isnin lalu Kelantan kalah 1-3 di tangan Terengganu dengan menerima tiga kad merah jestru terpaksa menafikan Daudsu Jamaluddin, Shahkir Shaari dan Ab.Aziz Ismail beraksi di padang malam ini.

Manakala pasukan Terengganu pula kehilangan dua tunggaknya Ismail Faruqi As'hari dan Mohd Zubir Azmi yang turut menerima kad merah dalam perlawanan suku akhir pertama di Kuala Terengganu.

Malam ini Kelantan perlu menang sekurang-kurang dua gol tanpa membenarkan pintu golnya dibolosi pihak lawan. Dengan kelebihan satu jaringan di tempat lawan, Kelantan dijangka mampu menang. Jika pintu golnya dibolosi, Kelantan menghadapi perlawanan yang amat sukar dan harapan untuk ke separuh akhir gelap.

Penonton dan penyokong Kelantan menanti perlawanan malam ini dengan penuh debar kerana mereka mengharapkan pasukan The Red Warriors akan menang dan melangkah ke peringkat separuh akhir.

Pasukan Terengganu pula yakin mereka akan menang kerana mempunyai kelebihan dua gol bila bertemu dalam perlawanan malam ini. Demikian kata dua penyerang Terengganu, Abdul Manaf Mamat dan Abdul Hadi Yahya.

"Kami ada kelebihan dua gol, namun tidak harus cepat berpuas hati. Kami perlu memberi tumpuan sepanjang 90 minit perlawanan dan tidak akan mensia-siakan peluang yang hadir," kata Abdul Manaf dipetik daripada Berita Harian Online.

Malam ini pasukan Kelantan turun sebagai pasukan yang cuba mempertahankan kejuaraan Piala Malaysia yang dimenangi tahun lalu. Peminat pasti menginginkan pasukannya menang. Perlawanan pasti sengit. Apa yang diharapkan pemain bermain secara profesional dan peminat dapat mengawal emosi agar mutu bola sepak negara terus meningkat.

Ends.

khalidibrahim is based in Kuala Lumpur, Kuala Lumpur, Malaysia, and is a Stringer for Allvoices.
Report Credibility
 
  • Clear
  • Share:
  • Share
  • Clear
  • Clear
  • Clear
  • Clear
 
 
 
Advertisement
 

More From Allvoices

Report Your News Got a similar story?
Add it to the network!

Or add related content to this report



Use of this site is governed by our Terms of Use Agreement and Privacy Policy.

© Allvoices, Inc. 2008-2014. All rights reserved. Powered by PulsePoint.