Tanaman cendawan secara komersil
Linkedin

Tanaman cendawan secara komersil

Kuala Lumpur : Malaysia | Sep 27, 2011 at 9:28 PM PDT
XX XX
Views: Pending
 

Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) akan memperkenalkan teknologi baru tanaman cendawan sebagai tanaman pilihan utama yang dikenal pasti mampu mengubah taraf kehidupan sebahagian daripada 54,000 keluarga petani dalan kawasan operasi lembaga berkenaan keluar dari kepompong kemiskinan.

Anggota Lembaga Pengarah KADA, Datuk Dr Ilias Hussin berkata, konsep penanaman cendawan komersil yang melibatkan seramai 70 petani di Bachok khususnya anggota Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Seri Gunung adalah di antara peserta perintis yang dipilih bagi mencapai matlamat berkenaan.

Beliau berkata, mereka adalah sebahagian daripada 400 peserta tanaman cendawan dari seluruh Kelantan yang dipilih oleh KADA di bawah program membasmi masalahg kemiskinan tegar.

"Tanaman ini dipilih berdasarkan permintaan yang tinggi daripada pasaraya-pasaraya terkemuka di negara ini yang memerlukan bekalan cendawan dalam kuantiti yang banyak dan mampu dibekalkan secara berterusan. Malah, ia juga turut laris di pasaran tempatan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penyampaian Hasil Program (KPI) Menteri di PPK Seri Gunung di Bachok, Kelantan.

Sempena majlis berkenaan 70 penanam cendawan terbabit masing-masing menerima dividen pertama sebanyak RM200 hasil keuntungan yang berjumlah RM14,000 dibawah kendalian secara berkelompok oleh PPK itu sejak tahun lepas. Turut dihadir, Pengurus Besar KADA, Ibrahim Mat.

Dr Illias yang juga Timbalan Pengerusi Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen Bachok berkata, setiap peserta mampu memperolehi pendapatan lebih RM1,000 sebulan sekiranya mereka mengusahakan tanaman itu mengikut kaedah penjagaan yang betul seperti yang disarankan oleh teknologi penanaman cendawan.

Beliau berkata, setakat ini hasil tanaman cendawan yang diusahakan oleh petani terbabit dibeli oleh Koperasi Belian Rakyat DUN Jelawat yang ditubuhkan untuk membantu memasarkan hasil-hasil pertanian yang diusahakan oleh penduduk kampung.

Dr Ilias yang juga pengasas penubuhan koperasi berkenaan berkata, pada masa ini juga pihaknya mempunyai rangkaian dengan pasaraya-pasaraya terkemuka di Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan bagi tujuan pemasaran itu.

"Pada masa sekarang kita hanya mampu mengeluarkan di antara 300 hingg 500 kilogram (kg) sehari sedangkan keperluan permintaan harian ialah 2,000 kg setiap hari. Perkembangan ini menyuntik semangat KADA untuk meluaskan lagi usaha penanaman cendawan dengan melibatkan penyertaan keluarga petani miskin," katanya.

1 of 1
How to plant mushroom?
toreksulong is based in Kuala Lumpur, Kuala Lumpur, Malaysia, and is an Anchor on Allvoices.
Report Credibility
 
  • Clear
  • Share:
  • Share
  • Clear
  • Clear
  • Clear
  • Clear
 
 
 
Advertisement
 

More From Allvoices

Report Your News Got a similar story?
Add it to the network!

Or add related content to this report



Use of this site is governed by our Terms of Use Agreement and Privacy Policy.

© Allvoices, Inc. 2008-2014. All rights reserved. Powered by PulsePoint.