Sambutan Hari 1Malaysia dan sambutan ulangtahun kemerdekaan negara di Pasir Puteh meriah
Linkedin

Sambutan Hari 1Malaysia dan sambutan ulangtahun kemerdekaan negara di Pasir Puteh meriah

Kota Bahru : Malaysia | Sep 25, 2011 at 5:58 AM PDT
XX XX
Views: Pending
 
Zawawi Othman

Lebih 10,000 penduduk Pasir Puteh berkumpul di perkarangan bangunan UMNO Bahagian Pasir Puteh, di sini menjayakan sambutan Hari 1Malaysia dan Ulangtahun Kemerdekaan Negara ke 54 peringkat daerah ini, 16 September baru-baru ini.

Ketua UMNO Bahagian, Zawawi Othman berkata, lebih 50 gerai makanan percuma yang dikendalikan oleh sebilangan besar pengusaha restoran tempatan disediakan kepada pengunjung yang hadir di sepanjang Jalan Madrasah.

Menurutnya, pada majlis yang sama seramai 131 kanak-kanak dan remaja kurang upaya (OKU) pelbagai keturunan turut diberi sumbangan sebanyak RM100 untuk setiap orang.

"Sambutan penduduk amat memberangsangkan. Ia bukan majlis politik tetapi lebih kepada kecintaan terhadap perpaduan masyarakat dan semangat untuk mempertahankan kedaulatan sebuah negara yang merdeka. Semua penduduk tanpa mengira fahaman politik hadir menjayakannya," katanya ketika ditemui malam tadi.

Zawawi berkata, kemuncak sambutan diserikan dengan potongan kek Hari 1Malaysia/ Malaysia Merdeka dan pertunjukkan bunga api serta slot hiburan Dikir Barat yang dipimpin oleh Pakda Jali Salam Pantai Timur.

Beliau berkata, semua kepimpinan UMNO Bahagian dan veteran UMNO hadir bersama-sama warga Pasir Puteh yang sebahagian besarnya memakai pakaian berwarna merah sebagai simbolik menyeramakkan semangat perpaduan dan sehati sejiwa mempertahankan keamanan serta pengisian kemerdekaan negara yang dinikmati sejak sekian lama.

Terdahulu dalam ucapannya, Zawawi berkata, rakyat perlu bersyukur dengan amalan demokrasi yang diamalkan selama ini di mana rakyat sentiasa berada dalam kemakmuran dengan pelbagai pembelaan yang disalurkan oleh kerajaan.

Beliau berkata, adalah tidak waras untuk menolak amalan ini termasuk cuba memberi pengiktirafan terhadap perjuangan komunis yang bukan sahaja menolak sistem pemerintahan demokrasi tetapi menolak ketuhanan.

"Sama-sama kita bersatu di bawah panji Malaysia yang aman dan tidak perlu membawa ideologi lain yang belum tentu mampu menjamin keadilan dan kebajikan kepada rakyat jelata. Syukurlah dengan apa yang telah kita kecapi hari ini dan berterima kasih kepada barisan pejuang tanahair yang berjasa memerdekakan negara," katanya.

Gambar dilampirkan bersama tekan butang 'next' untuk melihatnya.

1 of 7
Next
Khalayak Merdeka
Sebahagian 10,000 pengunjung tanpa mengira fahaman politik berkumpul di Jalan Madrasah Pasir Puteh merayakan Hari 1Malaysia.
toreksulong is based in Kuala Lumpur, Kuala Lumpur, Malaysia, and is an Anchor on Allvoices.
Report Credibility
 
  • Clear
  • Share:
  • Share
  • Clear
  • Clear
  • Clear
  • Clear
 
 
 
Advertisement
 

Images

 >
 
  • Sebahagian 10,000 pengunjung tanpa mengira fahaman politik berkumpul di Jalan Madrasah Pasir Puteh merayakan Hari 1Malaysia.

    Khalayak Merdeka

  • Ketua Bahagian UMNO Pasir Puteh, Zawawi Othman menyampaikan ucapan pada malam sambutan Hari 1Malaysia dan Ulangtahun Kemerdekaan Negara di Jalan Madrasah 16 September 2011.

    Zawawi Othman

  • Zawawi Othman turut menyampaikan sumbangan kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU) sempena sambutan Hari 1Malaysia di Pasir Puteh.

    Bantuan

  • Pengunjung turut dihiburkan dengan persembahan Dikir Barat yang turut memeriahkan sambutan Hari 1Malaysia di Pasir Puteh.

    Berhibur

  • Kepimpinan UMNO Bahagian Pasir Puteh bersama memotong kek di pentas utama sambutan 1Malaysia di Pasir Puteh, Kelantan, Malaysia.

    Potong Kek 1Malaysia

  • Golongan Kurang Upaya turut dihulurkan bantuan oleh Zawawi Othman sempena sambutan Hari 1Malaysia.

    Ingatan Pada Yang Memerlukan

More From Allvoices

Report Your News Got a similar story?
Add it to the network!

Or add related content to this report

Most Commented Reports



Use of this site is governed by our Terms of Use Agreement and Privacy Policy.

© Allvoices, Inc. 2008-2014. All rights reserved. Powered by PulsePoint.