Daun Licuala sp. atau Palas Duri
Linkedin

Daun Licuala sp. atau Palas Duri

Kota Bahru : Malaysia | Sep 21, 2011 at 9:07 PM PDT
XX XX
Views: Pending
 
Palas duri

Licuala sp. atau palas merangkumi kepelbagaian pokok palma tropika yang tumbuh dari pelbagai habitat. Spesies pokok ini ditemui di Asia Selatan hingga ke barat daya Pasifik di mana kebanyakan spesies Licuala ditemui di hutan hujan dataran rendah teduh yang masih memerlukan cahaya dan suhu yang berubah-ubah. jenis ini dikenali dengan daun berbentuk kipas yang sering mempunyai pola membelah menarik.

Palas adalah tumbuhan dalam kumpulan rumpai tetapi berasal dari keluarga palma. Di negara ini terdapat pelbagai banyak jenis pokok palas seperti palas Bintulu (Licuala Bintuluensis); palas Borneo (Licuala Cordata); palas Sarawak dengan nama saintifiknya Licuala Orbicularis yang bernilai dalam dunia seni taman. Manakala pokok palas duri atau nama saintifiknya licuala sapinosa roxb bernilai untuk pembungkusan makanan khususnya ketupat.

Pencari daun palas yang berpengalaman sejak 10 tahun lalu, Baharuddin Md Deli, 45, berkata daun palas duri memang bernilai tinggi bukan sahaja untuk pembungkusan pelbagai jenis ketupat sepanjang musim perayaan tetapi turut digunakan untuk membukus manakan tradisional yang lain termasuk dodol dan lepat pisang.

Beliau yang juga suami kepada pengusaha ketupat di Gong Manak, Pasir Puteh, Kelantan, Rahaizura Mohd. Shafie, berkata pucuk palas perlu dipungut sebanyak mungkin paling awal seminggu sebelum Ramadan bagi memastikan bahan untuk membungkus pulut ketupat sentiasa memenuhi keperluan.

Menurutnya, beberapa halangan terpaksa ditempuhi oleh pencari daun palas sama ada akan bertembung dengan ular yang berbisa seperti tedung selar dan ular senduk (cobra) atau akan dikejar kawanan tebuan tanah atau lebah yang bersarang ketika meredah hutan untuk mencari pucuk palas.

"Saya hanya berbekalkan keyakinan untuk menempuh segalanya dengan selamat demi mencari sesuap rezeki yang halal iaitu membantu isteri menghasilkan proses menghasilkan ketupat.

"Selain hutan rimba yang memaksa pencari berjalan kaki berbatu-batu sebelum menemui lokasi tumbuhan ini, pencari juga boleh mencari pucuk palas di kawasan ladang getah yang redup dan di pinggir hutan yang berhampiran dengan paya," katanya.

Baharudin yang sentiasa dibantu oleh anak sulungnya, Mohd Asri Baharudin ketika mencari pucuk palas, memberitahu memang tidak berbaloi sekiranya ancaman haiwan berbahaya itu kalau hendak dibandingkan nilai harganya setiap pelepah yang dijual.

Katanya, ia terpaksa juga dicari di kawasan hutan kerana ketupat tidak boleh dibungkus dengan daun tumbuhan yang lain dengan pakaian yang tebal untuk menghalang gigitan serangga dan pacat serta tusukan duri palas yang tajam.

"Pisau yang digunakan perlu diasah sehingga tajam sebelum hutan diredah. Ia perlu bukan sahaja untuk membuang daun-daun tua pada pokok palas tetapi perlu menebas semak samun untuk mencipta laluan menuju ke pokok palas yang tersorok," katanya.

Bagaimanapun, katanya, ada pengusaha yang turut menanam semula tumbuhan ini bagi tujuan pasaran selain memikul bebanan mencarinya di kawasan hutan dan daun palas bukan lagi bahan jualan yang dianggap tidak laris kerana ianya kini turut dijual oleh pihak tertentu secara borong menerusi pasaran on-line.

Menurutnya, penjual kini tidak lagi malu untuk menjalankan perkhidmatan penghantaran secara terus ke tempat peniaga dengan pembelian mengikut kuantiti pada kadar harga yang berpatutan mengikut gred.

"Kalau kami putus bekalan terutama pada musim hujan, kami juga boleh menempahnya menerusi internet bagi memastikan proses menghasilkan ketupat terus dapat diusahakan sepanjang semua musim perayaan sama ada sambutan Tahun Baru Cina mahu pun Deepavali," katanya.

Baharuddin berkata, bagi gred A harganya ialah RM28 untuk setiap ikatan besar dengan saiz daun melebihi 25 inci panjang; gred B dengan kadar RM22/ seikat (saiz daun melebihi 20 - 25 inci) dan setiap ikatan itu mempunyai 100 batang pucuk daun palas.

Beliau berkata, ketupat pulut yang dibungkus menggunakan daun palas akan membangkitkan harum aroma dan rasanya lebih sedap berbanding dengan ketupat yang dibungkus dengan pucuk kelapa.

Seorang suri rumah, Siti Fatimah Awang, 38, yang turut mengambil upah membuka daun palas di kampung itu berkata, penghasilan ketupat yang diusahakan oleh pasangan suami isteri itu banyak membuka peluang pekerjaan sama ada secara penuh masa atau sambilan di kalangan penduduk yang tinggal berdekatan dengan

rumahnya.

Menurutnya, upah membungkus ketupat yang ditawarkan ialah RM1.50 untuk 100 biji ketupat dan ia ditingkatkan kepada RM4.00 untuk 100 biji ketupat sehari sebelum hari raya.

"Manakala upah bagi membuka pucuk palas yang baru diambil dari hutan ialah RM4 untuk 100 pelepah. Ia merupakan pendapatan sampingan yang boleh dilakukan di rumah masing-masing," katanya.

Norma Adam,40, yang berpengalaman membungkus ketupat lebih 12 tahun yang lalu berkata, cara membuka daun palas perlu dilakukan dengan kaedah tertentu sebagaimana warisan yang ditinggalkan oleh nenek moyang sejak turun temurun lagi.

Beliau berkata, pucuk palas dibersihkan dan dibuka dengan memastikan ianya tidak terkoyak, daunnya digulung sehingga lentur dan lembut.

"Buat bentuk kon dan lipatkan daun dalam bentuk tiga segi. Sarang ketupat yang siap kemudiannya dirungkai semula untuk diisi dengan pulut. Kemahiran ini seharusnya dipelajari generasi masa kini supaya penghasilan makanan tradisi tidak luput ditelan zaman atau mudah dipengaruhi dengan pelbagai resipi moden," katanya.

1 of 6
Next
Daun pembungkus makanan
Pencari daun palas yang berpengalaman sejak 10 tahun lalu, Baharuddin Md Deli, 45, berkata daun palas duri memang bernilai tinggi bukan sahaja untuk pembungkusan pelbagai jenis ketupat sepanjang musim perayaan tetapi turut digunakan untuk membukus manakan tradisional yang lain termasuk dodol dan lepat pisang.
toreksulong is based in Kuala Lumpur, Kuala Lumpur, Malaysia, and is an Anchor on Allvoices.
Report Credibility
 
  • Clear
  • Share:
  • Share
  • Clear
  • Clear
  • Clear
  • Clear
 
 
 
Advertisement
 

Images

 >
 
  • Pencari daun palas yang berpengalaman sejak 10 tahun lalu, Baharuddin  Md Deli, 45, berkata daun palas duri memang bernilai tinggi bukan sahaja untuk pembungkusan pelbagai jenis ketupat sepanjang musim perayaan tetapi turut digunakan untuk membukus manakan tradisional yang lain termasuk dodol dan lepat pisang.

    Daun pembungkus makanan

  • Daun palas duri banyak memberi pendapatan sampingan bagi membungkus makanan tradisional di Malaysia.

    Palas duri

  • Daun palas mampu memberi pendapatan yang lumayan kerana ianya laris dijual.

    kerja sampingan

  • Peralatan yang tajam yang lazim digunakan untuk memotong daun palas.

    Peralatan

  • Keselamatan perlu diberi perhatian ketika mengutip daun palas kerana pokok ini memiliki duri yang tajam.

    Palas duri tajam

  • Daun palas digunakan sebagai kelongsong ketupat.

    Bungkusan ketupat

More From Allvoices

Report Your News Got a similar story?
Add it to the network!

Or add related content to this report



Use of this site is governed by our Terms of Use Agreement and Privacy Policy.

© Allvoices, Inc. 2008-2014. All rights reserved. Powered by PulsePoint.