Kelantan akan sesak dengan kenderaan dari luar
Linkedin

Kelantan akan sesak dengan kenderaan dari luar

Kota Bahru : Malaysia | Aug 26, 2011 at 3:33 PM PDT
XX XX
Views: Pending
 

Lebih 20,000 buah kenderaan dari luar dijangka memasuki negeri ini sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri ini, sekali gus meningkatkan risiko kemalangan sekiranya pengguna jalan raya tidak berhati-hati.

Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) negeri, Mohd. Azlisham Abdul Rahman berkata, dijangka kira-kira 80,000 anak Kelantan dari perantauan akan pulang ke kampung halaman sempena perayaan kali ini berbanding sekitar 60,000 tahun lalu.

“Ini tidak termasuk jumlah kenderaan yang sedia ada,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan kempen keselamatan jalan raya di Stesen Penguat Kuasa, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Bukit Jawa di sini, hari ini.

Dalam kempen yang turut disertai anggota JPJ, polis trafik dan Persatuan Perlindungan Pengguna Kelantan (PPPK) itu, beliau turut membahagi-bahagikan hamper kepada kenderaan yang datang dari arah Pasir Puteh ke Kota Bharu.

Mengulas lanjut, Mohd. Azlisham berkata, pihaknya akan mengadakan pemantauan secara bersepadu dengan agensi-agensi kerajaan berkaitan terutama JPJ, polis dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di seluruh negeri.

Beliau berkata, pemantauan itu turut membabitkan laluan pintu masuk ke Kelantan iaitu di Pasir Puteh, Gua Musang dan Jeli.

“Penekanan akan diberikan terhadap pengguna kenderaan yang enggan memakai tali keledar belakang kerana ia turut menyumbang banyak kemalangan sebelum ini,” katanya.

Menurutnya, kira-kira 80 peratus pengguna tidak mengambil serius untuk mematuhi arahan pemakaian tali keledar walaupun kerajaan telah lama mewajibkannya.

“Kempen pemakaian tali keledar ini perlu dilaksanakan dengan berkesan termasuk oleh agensi terbabit seperti polis dan JPJ yang turut menjadi contoh kepada pengguna awam dengan memastikan mereka memakainya ketika menggunakan kenderaan kerajaan ketika menjalankan tugas. Semua ini turut dipantau oleh pengguna awam,” katanya.

1 of 1
Kempen
Kempen keselamtan jalanraya di hadapan balai JPJ Bukit Jawa, Pasir Puteh, Kelantan, Malaysia.
toreksulong is based in Kuala Lumpur, Kuala Lumpur, Malaysia, and is an Anchor on Allvoices.
Report Credibility
 
  • Clear
  • Share:
  • Share
  • Clear
  • Clear
  • Clear
  • Clear
 
 
 
Advertisement
 

Images

 >
 
  • Kempen keselamtan jalanraya di hadapan balai JPJ Bukit Jawa, Pasir Puteh, Kelantan, Malaysia.

    Kempen

More From Allvoices

Report Your News Got a similar story?
Add it to the network!

Or add related content to this report

Most Commented Reports



Use of this site is governed by our Terms of Use Agreement and Privacy Policy.

© Allvoices, Inc. 2008-2014. All rights reserved. Powered by PulsePoint.